|
Gudang ini
mendapat nama SALE ertinya borong kerana Wan Ali dan keluarganya menjual
secara borong dan runcit barangan seperti beras, gula, garam, alat-alat
membuat kain tenun seperti benang sutera, benang sturi dan sebagainya
Gudang ini terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 5 ekar di
sebelah rusuk kiri kepala jambatan Sultan Yahya Petra dari arah Pasir
Pekan ke Kota Bharu.Di atas tapak ini terdapat tiga bangunan rumah
kedai,salah satu bangunan kedai itu diusahakan sendiri oleh
keluarga Wan Nuh sebagai kedai dikenali sebagai Gudang SALE. Di situ juga
terdapat satu tapak kilang papan bergergaji yang diusahakan oleh keluarga
Wan Nuh. Di kawasan itu juga terdapat sebuah jeti yang digunajkan oleh
penduduk untuk menaiki perahu menyeberangi Sungai Kelantan menuju Kota
Bharu.
Idea
penubuhan gudang ini terbit apabila Wan Ali b Wan Nuh merasakan dirinya
sudah tua dan dia sudah malas belayar lantaran mahu menumpukan
perhatiannya kepada anak-anaknya yang kian membesar. Pada masa itu, Wan
Ali mewakilkan urusan pembelian barangan seperti beras dan garam kepada
pekerjanya yang sebelum ini dilakukan sendiri olehnya. Suatu hal yang
menarik mengenai sikap Wan Ali ialah sekiranya dia sangsi dengan harga
belian atau jualan barangan dagangannya dia akan bertanya khabar dengan
rakan-rakannya yang biasa berniaga untuk mempastikan dia tidak ditipu
oleh pekerjanya.
Tugas
menyelia gudang SALE ini dipertanggungjawabkan kepada Wan Abdul Samad b
Wan Nuh, dan Wan Abdul Samad pula dibantu oleh seorang pengurus yang
bernama Wan Ismail di samping Wan Mahmood b Wan Abdullah b Wan Nuh, Wan
Taib b Wan Abdullah b Wan Nuh dan Wan Yunus b Wan Taib b Wan Abdullah b
Wan Nuh.
Selepas
kematian Wan Ali b Wan Nuh, Tugas mentadbir gudang SALE dan kilang papan
bergergaji dilakukan sepenuhnya oleh Wan Abdul Samad dengan dibantu oleh
seorang pengurusnya yang bernama Wan Ismail serta Wan Mahmood b Wan
Abdullah b Wan Nuh, Wan Taib b Wan Abdullah b Wan Nuh dan Wan Yunus b Wan
Taib b Wan Abdullah b Wan Nuh.
Perniagaan
Gudang SALE dan kilang papan bergergaji semakin maju dan mendatangkan
keuntungan yang lumayan bagi keluarga Wan Nuh sehingga Wan Abdul Samad b
Wan Nuh yang dipertanggungjawabkan mentadbir gudang dan kilang itu
dikatakan terlebih kaya dan mewah hidupnya berbanding dengan keluarganya
yang lain. Dikatakan Wan Abdul Samad memiliki sebuah rumah yang tercantik
di Mukim Pekan pada waktu itu.
Gudang
SALE dan kilang papan bergergaji semakin mengecil apabila tanah tapak
gudang dan kilang roboh sedikit demi sedikit setiap kali banjir akibat
dihanyutkan oleh air. Gudang dan kilang ini ditutup secara resmi apabila
tapak gudang dan kilang ini terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh
kerajaan kerana membina jambatan Sultan Yahya
Petra.
Hasil
wang pampasan ganti rugi tapak gudang dan kilang telah digunakan oleh
keluarga Wan Nuh untuk membeli kilang papan bergergaji yang terletak di
Tanjong Duff, Tumpat. Pada awalnya kilang ini ditadbir oleh Wan Yunus b
Wan Taib b Wan Abdullah b Wan Nuh. Pengurusan kilang ini kemudiannya diambil
alih oleh Wan Musa b Wan Sulaiman b Wan Abdulllah b Wan Nuh.
Perniagaan
kilang papan bergergaji keluarga Wan Nuh berakhir apabila kilang ini
terlepas ke tangan Wan Mahmood b Wan dari Tanah Merah kerana kecuaian
pihak keluarga Wan Nuh tidak menukar nama pemilik tapak lilang ini kepada
nama mereka sebaik saja mereka membeli tapak kilang dari pemilik asal.
Akibatnya apabila pemilik asal meninggal dunia datanglah warisnya datang
menuntut hak mereka.
.
|