|
KETURUNAN RADEN AHMAD DAN WAN NUH |
Raden Ahmad ialah seorang
penglima perang kerajaan Islam Mataram , Pulau Jawa. Beliau ke
Pattani sebagai seorang utusan kerajaan Islam Mataram ke
Pattani untuk membantu kerajaan Islam Pattani mengengkang
ancaman kerajaan Siam ke atas Pattani. Beliau mempunyai
seorang anak yang bernama Haji Wan Abdul Hamid. Haji Wan Abdul
Hamid mempunyai empat orang anak yang bernama Wan Siti Hawa,
Haji Zainal Abidin , Wan Awang dan Wan Jamilah.
(Seperti diceritakan oleh Wan Mansor bin
Wan Sulaiman)
Wan Nuh
yang lahir sekitar awal abad ke-19 berasal dari Minangkabau,
Sumatera. Setelah berada beberapa lama di Negeri Perak,
berhijrah ke Kelantan tetapi meninggal di Singapura. Setakat
ini tidak diketahui identiti isteri beliau. Memperolehi 9
orang anak. (Seperti yang
diceritakan oleh Wan Meriam binti Wan Sulaiman)
Keturunan Raden
Ahmad Pattani dan Wan Nuh Kg. Surau, Pekan , Kelantan
bercantum apabila generasi pertama Wan Nuh iaitu Wan Ali dan
adiknya Wan Abdullah berkahwin dengan generasi keempat Raden
Ahmad iaitu Wan Aminah dan adiknya Wan Siti Hajar.

Kain limar koleksi peninggalan Wan
Habsah binti Wan Ali
|