Lihat Buku Tamu
Salsilah Keluarga
Wan Abdul Samad Salsilah Keluarga Wan Ali Wan Maryam Wan
Zahrah Wah Ahmad Wan Hafsah
.Oleh Wan Mohd. Hazim bin Wan Abdullah Kampong Surau mendapat nama dari sebuah surau lama yang wujud semasa Wan Nuh Nakhoda al Haj tiba di Mukim Pekan lagi. Surau itu dikelolakan oleh seorang ulamak yang dikenali sebagai Raja Khatib[1]. Raja Khatib telah meninggal dunia dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Pohon Tanjung, Kg. Surau. Selepas kematian Raja Khatib, tugas beliau diambil alih oleh Wan Abu Bakar b Wan Abdul Rashid[2] Manakala Mukim Pekan mendapat nama kerana mengambil sempena Mukim Pekan asalnya kawasan Kota Kubang Labu yang ditinggalkan terbiar oleh pemiliknya setelah kejatuhan kerajaan itu pada penghujung kurun ke 18. Wan Ali Nakhoda al Haj menambah perkataan “supaya jadi” pada nama Pekan menjadi Pekan Supaya Jadi sebagai seolah-olah doa bagi orang yang menyebutnya supaya mukim ini diberi kemakmuran oleh Allah dan terus berkembang maju.[3] Manakala Kampong Pasir Pekan mungkin timbul dari nama sebuah kampong di Mukim Pekan yang terletak di sepanjang tebing Sungai Kelantan yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai Kampong Pasir bersempena tanahnya yang berpasir[4], tetapi untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama-nama lain seperti Pasir Mas, Pasir Puteh, Pasir Tumbuh, Pasir Tok Kambing maka timbullah nama Pasir Pekan. Satu hal yang menarik ialah pada masa itu
seolah-olah wujud dua pihak berkuasa yang berlainan iaitu keluarga Wan Nuh
yang berhubung terus dengan pihak istana dan pihak pentadbiran tempatan
seperti Pegawai Daerah, Tok Nebeng , Tok Kweng, Penggawa dan Penghulu yang
berada dibawah kawalan pentadbiran Penasihat British. Oleh itu dalam soal
nama Mukim Pekan dan Mukim Pasir Pekan, bagi keluarga Wan Nuh nama yang
digunakan dalam urusan surat menyurat ialah Mukim Pekan[5],
ini dapat dilihat dari nama-nama seperti Syarikat Pekan Langgar Co. Ltd.,
Syarikat Pekan Jaya Sdn. Bhd. dan Pekan Supaya Jadi. Manakala pihak satu lagi
nama yang digunakan ialah Mukim Pasir Pekan Menurut cerita lisan nama Pasir Pekan timbul bersempena pada zaman dahulu terdapat deretan kedai diatas sebidang tanah yang berpasir[6]. Jika cerita lisan ini diambil kira, timbul persoalan di manakah tapak deretan rumah kedai itu? Setakat maklumat yang ada deretan kedai itu dibina oleh keluarga Wan Nuh dan namanya Gudang Sale.[7]Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan timbulnya nama Pasir Pekan bukan kerana fakta sejarah tetapi satu kekeliruan yang tidak disengajakan.
|
|
|
Copyright © 2007 Laman Keluarga Wan Nuh.
[1] Cerita lisan oleh Wan Yusoff bin Wan Idris, AJK Masjid Psir Pekan.
[2] Wan Abu Bakar adalah bapa kepada Wan Aminah, isteri Wan Ali b Wan Nuh.
[3] Surat Perjanjian Jual Beli Tanah bertarikh 1895 M
[4] Lihat gambar lama bertarikh 1915 M dalam Tok Janggut Pejuang Atau Penderhaka
[5]
[6]
Cerita lisan oleh Dato Nik Mohamad bin Nik Mohamad Salleh, NYDP Persatuan
Sejarah
[7] Cerita lisan oleh Nik Salleh b Nik Musa..