|
Perladangan Getah
Bermula
apabila Wan Ali b Wan Nuh telah menggunakan kemahiran yang diperolehinya
sewaktu menolong Tengku Zainal Abidin b Tengku Abdul Kadir membuka ladang
getah di Mengkebang, membuka sebidang tanah yang terletak di Kampong
Kuala Nal. Pada peringkat awalnya Wan Ali telah dikurnialkan tanah seluas
1,000 ekar oleh DYMM Sultan Kelantan, tetapi oleh kerana kekangan belanja
dan buruh Wan Ali hanya berhasil mengusahakan seluas 375 ekar sahaja.
Kampong
Kuala Nal terletak berhampiran Kampong Kuala Haur, Temangan. Temangan
pada masa itu adalah sebuah pekan kecil yang maju akibat dari kegiatan
perlombongan bijih besi.
Wan
Ali memulakan usaha penerokaan tanahnya dengan menggunakan buruh para
penduduk Kampong Kuala Nal. Wan Ali telah mengupah pekerjanya dengan
bahan makanan seperti budu dan beras. Wan Ali juga membenarkan pekerjanya
menanam padi huma di kawasan konsesinya dengan syarat mereka menolongnya
menanam dan manjaga pertumbuhan biji getah kepunyaannya.
Tugas
mentadbir ladang Kuala Nal dipertanggungjawabkan ke atas adiknya Wan
Abdullah b Wan Nuh. Wan Abdullah b Wan Nuh diceritakan sebagai seorang
yang amat rajin berkerja sehingga tapak tangannya tidak dapat dibuka
seperti orang lain kerana sebahagian salur darah dijarinya menjadi beku
akibat terlalu lama memegang batang cangkul.
Selepas
kematian Wan Abdullah b Wan Nuh, tanggungjawab mentadbir ladang Kuala Nal
diserahkan kepada anaknya Wan Sulaiman. Wan Sulaiman merupakan orang
kepercayaan Wan Ali, Wan Ali telah mencurahkan kepadanya segala ilmu tentang
bidang pertanian, kira-kira dan pentadbiran syarikat kepada Wan Sulaiman.
Oleh itu tidak hairanlah jika Wan Sulaiman diberi kepercayaan oleh Wan
Ali menjaga segala hartanya sepeninggalannya ke Mekah pada tahun 1927
kerana mengerjakan ibadah haji.
Wan
Sulaiman ternyata tidak mensia-siakan segala kepakaran yang ad padanya,
dia bersama Wan Muhammad telah mengambil upah memajak kebun dan dusun
kepunyaan keluarga D’Raja Kelantan.
Kepakaran
yang ada pada Wan Sulaiman telah diperturunkan kepada anak lelakinya Wan
Musa dan ternyata Wan Musa dapat menguasai apa yang diajar oleh ayahnya.
Selepas
kematian Wan Sulaiman pengurusan ladang Kuala Nal terus cemerlang
dibawa kepimpinan Wan Musa. Sebagai seorang yang proaktif, Wan Musa
sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pertanian melalui
siaran-siaran oleh pihak berkuasa juga menyertai seminar-seminar yang
dianjurkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa.
Malang bagi Wan Musa dek kerana upah yang kecil berbanding dengan
beban kerja yang ditanggung, beliau telah cuba mencari jalan mencari
pendapatan lebih lumayan dari penanaman kelapa sawit. Usaha Wan Musa
mendapat tentangan dari anggota pakatan yang lain dan kerana itu beliau
dipecat dari memimpin ladang Kuala Nal.
Selepas
ketiadaan Wan Musa, ladang Kuala Nal ditadbir oleh orang yang
kurang pengetahuan tentang selok belok pertanian mahupun
pentadbiran menyebabkan berlaku huru-hara
dalam perjalanan pentadbiran ladang Kuala Nal.
Keadaan
huru-hara telah menyebabkan ada anggota pakatan yang bertindak keluar
dari pakatan besar dan membentuk pakatan sendiri yang lebih kecil. Mereka
ini terdiri dari anak-anak Wan Zaharah bt Wan Ali iatu Wan Mohd. Noor,
Wan Abdul Rahman dan Wan Yatimah.
Keadaan
terus gawat sehinggalah pentadbiran ladang Kuala Nal diambil alih oleh
Wan Abdullah b Wan Safiah bt Wan Abdullah b Wan Nuh.
Wan
Abdullah kemudiannya melantik Wan Mohd. Najib b Wan seorang graduan UiTM
dalam bidang pengurusan ladang menguruskan ladang Kuala Nal. Dibawah
pentadbiran Wan Abdullah, perjalanan lading Kuala Nal kembali narmal
seperti yang sepatutnya.
Amat
malang
bagi ladang Kuala Nal, kemunculan Wan Mohd. Najib rupanya tidak disenangi
oleh bekas-bekas pentadbir ladang Kuala Nal di era zaman huru-hara. Wan
Mohd. Najib menyedari hal ini dan ditambah pula dengan beban kerja yang
berat berbanding dengan upah yang kecil, Wan Mohd. Najib meletak jawatan
untuk menguruskan perniagaan sendiri sebagai seorang ejen insuran di
Kampongnya.
Menyedari
keadaan pentadbiran ladang Kuala Nal yang semakin kusut, Wan Abdullah
telah mengambil inisiatif memujuk anggota pakatan Kuala Nal menyerahkan
pentadbiran ladang Kuala Nal kepada pihak RISDA pada tahun 1995. Pihak
RISDA telah mentadbir ladang Kuala Nal sehingga hari ini.
.
|