|
Kebun Teluk Kuala Nal
Oleh: Haji Wan Ali Wan
Jaafar
 
Pengerusi (foto kiri) dan Timbalan
Pengerusi (foto kanan) Tabung Amanah Keluarga sedang
menyampaikan ucapan di Majlis Perjumpaan Hari Raya, 3 Syawal
1428 lalu.
Tercetusnya idea untuk menubuhkan Tabung
Amanah Keluarga Teluk Kuala Nal ialah dari perjumpaan Hari
Raya Aidilfitri tahun 2004 di Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Tujuannya adalah seperti berikut:-
1. Mengeratkan
silaturrahim antara keluarga yang berjumpa setahun sekali di
perjumpaan hari raya yang balik berhari raya dari luar
Kelantan.
2. Membantu
pelajar yang cemerlang dalam akademiknya untuk melanjutkan
pelajaran. Bantuan ini bolehlah diberi dalam bentuk derma atau
biasiswa.

Penerima anugerah kecemerlangan akademik
bergambar bersama ahli-ahli jawatankuasa Tabung Keluarga di
Majlis Perjumpaan Hari Raya, 16 Oktober 2007. Bantuan
pelajaran turut diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.
Gambar dan berita daripada Utusan Malaysia, 17 Oktober, 2007.
Pada awal tahun 2005, telah dibuat beberapa
kajian bagaimana cara yang seeloknya dan pantas bagi penubuhan
tabang ini. Satu formula yang boleh diterima pakai ialah
menubuhkan tabung dengan Amanah Raya Berhad (ARB) yang tidak
melibatkan agensi kerajaan yang lain, dan didaftarkan di bawah
nama Haji Wan Yusoff Bin Haji Wan Abdul Samad sebagai
‘Penderma’ melalui Surat Ikatan Amanah ditandatangani 9 orang
wakil keluarga dengan pihak Amanah Raya Berhad.
Setelah dikenal pasti Amanah Raya Berhad
sebagai ‘bekas’ untuk menyimpan dana, maka mesyuarat pertama
telah diadakan di Lot 131, Jalan Sebalik Sungai Pelong, Batu
16 Jalan Kuala Selangor iaitu di Kebun Y.M. Tengku Mohd Azzman
Sharifadeen pada 16 September 2006 di mana seramai 50 orang
ahli keluarga yang tinggal di sekitar Lembah Kelang turut
hadir mendengar penerangan untuk menubuhkan Tabung Keluarga
ini. Penerangan ini disusuli dengan perjumpaan di tempat yang
sama pada 2 Disember 2006, di mana wakil Amanah Raya Berhad
telah hadir sama memberi penerangan dari aspek praktikaliti
termasuklah wang yang dilaburkan dalam ARB dan bagaimana
tabung ini diuruskan oleh mereka. Semua yang hadir bersetuju
Tabung ini ditubuhkan dan ada di antara yang hadir membawa
wang untuk didermakan dan dimasukkan ke dalam Tabung ini.
Perjumpaan kali kedua pada 2 Disember 2006
lebih mesra di antara keluarga ini kerana mereka telah bertenu
di perjumpaan pertama tambahan pula pada musim durian di kebun
YM Tengku Mohd Azzman Sharifadeen. Ada yang
membawa balik buah durian yang tidak habis dimakan di situ.
Kalau tuan/puan berada di kebun pada hari itu dapat dilihat
keakraban silaturrahim antara keluarga dan seketika kita lupa
bahawa kita adalah tetamu kepada YM Tengku Azzman Sharifadeen,
bekas Ketua Eksekutif MIMOS. Terima kasih Tengku.
Penubuhan ini terlaksana
oleh kerana sokongan dan dorongan dua orang yang saya kira
telah mengorbankan banyak masa dan wang ringgit untuk
menjayakan Tabung ini, mereka ialah Haji Wan Yusoff Bin Wan
Abdul Samad dan YM Tengku Mohd Azzman Sharifadeen. Satu
jawatankuasa telah ditubuhkan di mana Haji Wan Yusoff Bin Wan
Abdul Samad dipilih sebagai Pengerusi dan saya diberikan tugas
sebagai Setiausaha/Bendahari.
Kita telah menandatangani
Surat Ikatan Amanah dengan Amanah Raya Berhad pada 10 April
2007 dan mulai tarikh tersebut sehingga kini kita dapat
mengumpul wang sebanyak RM28,700 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh
Lapan Ribu Tujuh Ratus Sahaja) yang terdiri daripada Bayaran
Zakat dan Derma Am.
Jawatankuasa Pertama Tabung Amanah adalah
seperti berikut:-
1)
Haji Wan Yusoff B. Wan Abdul Samad –
Pengerusi
2)
Y.M. Dato’ Tengku Mohd Azzman
Sharifadeen – Timbalan Pengerusi
3)
Haji Wan Abdullah B. Wan Yusoff
4)
HAji Wan Muhammad B. Wan Taib
5)
Haji Wan Zakaria B. Haji Wan
Sulaiman
6)
Professor Dr. Haji Wan Fuad B. Wan
Hassan
7)
Haji Wan Jamil B. Wan Mahmood
8)
Haji Wan Mohamad Kamil B. Wan
Mahmood
9)
Haji Wan Ali B. Wan Jaafar –
Setiausaha/Bendahari
Sekiranya berlaku kekosongan dalam
Jawatankuasa ini, maka ahli yang lain akan memilih seorang
pengganti selaras dengan kehendak peruntukan 5 dalam Surat
Ikatan Amanah tersebut. Adalah menjadi harapan pengasas Tabung
ini apabila wang tabungan mencecah RM 1 juta ianya ditukarkan
kepada Yayasan dan ditadbir urus mengikut peruntukan di bawah
Akta Syarikat 1965, iaitu sebagai sebuah ‘Company limited by
Guarantee and not having a share capital – Charitable and
Non-Profit making organization’ dan mempunyai undang-undang
tubuhnya sendiri.
Ahli Jawatankuasa Amanah yang nama-nama
mereka dicatit di dalam Surat Ikatan Amanah yang
ditandatangani dengan Amanah Raya Malaysia, tiga di antara
mereka diamanahkan boleh membuat pengeluaran wang dari Tabung
ini, tertakluk kepada kelulusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
Buat masa ini tiga orang yang diberi kuasa
tersebut ialah:-
1.
Haji Wan Yusoff B. Wan Abdul Samad –
Pengerusi
2.
Haji Wan Ali B. Wan Jaafar –
Setiausaha/Bendahari
3.
Professor Dr. Haji Wan Fuad B. Wan
Hassan
Sekiranya berlaku kekosongan, Ahli
JAwatankuasa boleh membuat lantikan baru untuk menggantikannya.
Alamat surat menyurat
Tabung Amanah ini adalah seperti berikut:-
1. Haji
Wan Yusoff B. Wan Abdul Samad
1171, Jalan Hulu Pasar
15000 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-74499737]019-9123737
2. Haji
Wan Ali B. Wan Jaafar
No.4, Jalan SS 2/42
47300 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-78760154/ 016-2265257
Fax: 03-51914200
Demikianlah secara ringkas mengenai
penubuhan Tabung ini, semoga usaha murni dan niat ikhlas Ahli
Jawatankuasa Amanah mendapat sokongan semua pihak, diberkati
dan diredhai oleh Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih
|