Wakaf
Falahiah.ً
Oleh Wan Mohd.
Hazim bin Wan Abdullah
ًWakaf
Falahiah ditubuhkan oleh Wan Sulaiman bin Wan Abdullah untuk
digunakan sebagai dana untuk membantu kemajuan pelajaran
agama di Mukim Pekan.Dana Wakaf Falahiah diperolehi dari
wang lebihan sumbangan orang ramai untuk membina bangunan
Madrasah Falahiah dan sumbangan orang ramai menziarahi
jenazah ibu mertuanya Wan Aminah binti Wan Abu Bakar dan
jenazah anak perempuan

sulungnya Wan
Rahmah binti Wan Sulaiman. Bagi memastikan dana Wakaf
Falahiah diuruskan dengan betul menurut keperluan semasa,Wan
Sulaiman telah melantik satu jawatan kuasa yang
dipengerusikan oleh Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad dan Wan
Abdullah bin Wan Yusoff sebagai setiausaha dan bendaharinya.
Wan Sulaiman juga telah menulis satu surat wasiat bagi
panduan jawatankuasa yang dilantik tatacara menguruskan dana
Wakaf Falahiah..Selepas kematian Wan Sulaiman, Wan Abdullah
telah melantik anak Wan Sulaiman iaitu Wan Zakaria sebagai
setiausaha Wakaf Falahiah. Pada masa kini harta dana Wakaf
Falahiah terdiri dari sebidang tanah seluas seperempat ekar
tanah yang didirikan sederet kedai selapis bangunan kayu di
atasnya , seunit rumah kedai dua tingkat dan sejumlah
107saham mini estate Kuala Geh yang bersamaan 10 ekar tanah
bertanam getah atau kelapa sawit.
Pehak
jawatankuasa melihat ada keperluan untuk mentadbir sendiri
harat Wakaf Falahiah, justeru itu pehak jawatankuasa tidak
menyerahkan pengurusan harta Wakaf Falahiah kepada pehak
MAIK sebaliknya ditadbir sendiri oleh pehak jawatankuasa

Pada masa kini
pentadbiran harta Wakaf Falahiah yang merupakan sederet
kedai selapis bangunan kayu dikuasai sepenuhnya oleh pehak
bendahari iaitu Wan Zakaria bin Wan Sulaiman.Manakala
sejumlah 107 saham dalam mini estate Kuala Geh yang merupa
10 ekar tanah bertanam sama ada getah atau kelapa sawit dan
seunit rumah kedai dua tingkat dikuasai sepenuhnya oleh
pehak bendahari iaitu Wan Abdullah bin Wan Yusoff. Keadaan
ini berlaku apabila pihak setiausha dan bendahari menukar
nama atas geran tanah yang dikuasai mereka kepada nama
mereka sendiri daripada nama Wan Sulaiman sebagai harta
pesaka atas alasan untuk menyenangkan kerja-kerja
pentadbiran.

Pada awal
penubuhannya dana Wakaf Falahiah digunakan untuk membiayai
operasi Sekolah Diniah, Sekolah Diniah berperanan memberi
pelajaran Fardu Ain serta pengajian al Quran kepada
kanak-kanak Mukim Pekan.

Apabila operasi
Sekolah Diniah ditutup kerana ketiadaan pelajar pada tahun
1980an, bangunan Sekolah Diniah telah dijadikan pusat tahfiz
al Quran yang bernama Darul Quran Wa Hadis oleh Ustaz Shaari
bin Mustafa dari Jeli, Kelantan.
Pada hari ini
saebahagian besar operasi Darul Quran Wa Hadis dibiayai oleh
dana Wakaf Falahiah

.
Satu persoalan
yang menjadi tanda tanya bagaimanakah wang hasil dana Wakaf
Falahiah dibawah kelolaan Wan Zakaria b Wan Sulaiman diurus?
Sikap Wan Zakaria yang membisu seribu bahasa apabila
persoalan inidiungkitkan berulangkali oleh Tuan Pengerusi
Ustaz Nik Abdul Kadir b Nik Mohamad sesungguhnya menimbulkan
seribu satu kecurigaan.Walaubagaimanapun terdapat secebis
kisah bahawa Wan Zakaria membiayai sepenuhnya pembinaan
sebuah balaisah yang terletak di Kg. Dalam Kota, Pekan.
Sehingga kehari ini, Wan Zakaria membiayai sepenuhnya
operasi balaisah tersebut.
